Tiada Yang Mustahil jika Allah Mengizinkan

إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” (Riwayat Ahmad )

Pembuka Kunci Penyelesaian Bagi Setiap Pemasalahan Adalah Bermula Dari Dalam Diri

Assalamualikum dan Selamat Sejahtera. 

Selamat Datang diucapkan kepada anda yang melewati dan singgah di laman ini. Sungguh di sini hanyalah tempat kita singgah sepertimana kita singgah di dunia yang sementara. Boleh jadi laman ini bermanfaat menyampaikan maklumat untuk ikhtiar Tuan/Puan menyelesaikan masalah . Sungguh kami bukan bomoh, tidak menggunakan jin, khadam atau sebarang azimat untuk membantu merawat pesakit melainkan semunya adalah usaha ikhtiar dengan memohon  dan pertolongan Allah SWT.

Kami membantu memulihkan segala macam penyakit yang diasbabkan oleh jin dan syaitan seperti histeria, saka, santau, sihir dan lain-lain gangguan. Konsep rawatan yang kami bawa adalah dengan menggunakan kaedah pembersihan diri dan jiwa batin melalui kaedah yang sesuai dengan diri pesakit.  Diri yang bersih akan membantu Tuan/Puan menyelsaikan masalah yang ada pada diri tuan/Puan dengan mengelak dan melindungi diri Tuan/Puan dari perkara yang BUKAN HAK diasbabkan oleh jin dan syaitan itu.

Perkhidmatan yang Diberikan

Sekilas Tentang Perubatan Islam

Kaedah Pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha seorang pesakit dalam
mencari kesembuhan penyakit serta permasalahan emosi atau rohani yang sedang
dihidapi. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan
rawatan alopati, tetapi merupakan pelengkap bagi rawatan yang diterima. Ia juga
sebagai rawatan alternatif untuk meneruskan ikhtiar, sambil berusaha bagi pesakit
yang masih juga belum sembuh setelah berusaha melalui mana-mana kaedah
rawatan perubatan.

Pengubatan Islam adalah satu usaha dalam merawat penyakit yang berasaskan
wahyu Ilahi yang diambil dari petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, yang juga dikenali
sebagai Pengubatan Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan satu ibadah bagi
seorang Muslim yang mencari keredhaan Allah SWT. Allah SWT menyuruh setiap
hambaNya berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada
orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(Surah Al-Isra’ : 82)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berubatlah wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit
melainkan (bersamanya) diturunkan ubat. Diketahui oleh orang yang berusaha
mencarinya dan tidak diketahui oleh orang yang jahil (tidak berbuat apa-apa).”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi)

Antara Ciri-Ciri Pengamal Perubatan Islam

1- Seorang pengamal perubatan Islam mestilah beragama Islam, aqil, baligh,
memahami ilmu asas Islam merangkumi aspek aqidah, syariat dan akhlak
dan sentiasa bertaqwa

2- Seorang pengamal perlulah jelas bacaannya, memahami serta mengetahui
apa yang diucapkan

3- Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik. 

4- Tidak melakukan maksiat, jenayah dan apa sahaja yang bertentangan dengan
undang-undang negara.

5- Ketahanan jiwa dan rohani, iaitu mempunyai kepercayaan penuh dan
melakukan amalan-amalan tertentu mengikut kehendak dan tuntutan Rukun
Iman. 

6- Setiap pengalaman dan pengubatan yang dilakukan perlulah merujuk kepada
Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qias, iaitu pengangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Faktor Keberkesanan Perubatan Islam

1- Aspek Akidah :  Pegangan akidah yang kukuh tersemat bahawa hanya
Allah  hakikat sebenar boleh menjadi penyembuh segala penyakit. Kesedaran bahawa pengamal perubatan Islam ini sebenarnya hanyalsh drbsgsi wasilah iaitu perantara
dalam bentuk bantuan mendoakan pesakit sahaja. 

2- Aspek Fiqh : Nilai-nilai fiqh ruqyah yang berteraskan teknik-teknik
yang berasal daripada Rasulullah SAW adalah mempengaruhi keberkesanan rawatan
perubatan Islam . 

3- Aspek Akhlak dan Adab : Penjagaan akhlak dan adab dalam rawatan perubatan
Islam adalah mustahak dan mempengaruhi keberkesanan rawatan. Aspek akhlak dan adab yag perlu dipelihara oleh seseorang perawat adalah seperti meninggalkan perbualan dan percakapan yang mengandungi elemen-elemen negatif seperti merapu dan merepek. Selain itu, menjaga dan mengawal pandangan mata juga adalah besar kepentingannya dalam proses rawatan perubatan Islam

Hubungi Kami

Untuk sebarang penerangan atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan kami.